Awak ni Perempuan Macam Mana Hah!!!!!

19memilih-pasangan-suami-istriSebenarnya, lelaki ini telah bernikah dengan perempuan lain dengan alasan binieee yang pertama tidak mencantikan diri depan nya dan asyik berbaur hanyir kerana terlalu kerap duduk di dapur dan melayan anak-anak berbanding melayan dirinya. Setiap kali suami pergi ke rumah isteri keduanya, isteri keduanya sentiasa menghasut agar suaminya menceraikan isteri pertamanya. Tetapi, si suami tidak tergamak untuk menceraikan isteri pertama kerana dia teringat kisah awal ketika mereka susah. Si isteri pertama lah yang ada jatuh bangun dan sakit waktu dia bersusah payah membangunkan perniagaan bersama. Alasan lain yang membuatkan si suami tak tergamak menceraikan isterinya adalah..
.
.
.
.
.
.
.
Si isteri pertama ni bila saat si suami balik, dia akan memberikan senyuman manis kepadanya, walaupun kurang cantik berbanding isteri keduanya tetapi keikhlasan itu terpancar daripada wajah jujur seorang isteri. Kemudian, si isteri ini akan menyiapkan segala makan dan minum untuk si suami yang baru balik. Selepas daripada itu, si isteri ini menyediakan tempat istirehat untuk si suami dan akan melayannya jika diminta. Itulah alsan yang menyebabkan mengapa si suami tidak tergamak untuk menceraikanya. Selain itu, ada alasan yang begitu berat dan hebat dimata si suami terhadap isterinya ialah.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pada saat, suami balik dengan keadaan marah-,marah. Kelihatan si isteri akan membaca al- quran dengan khusyuk di dalam bilik dan kadang-kadang si isteri pertama akan solat sunat pada siang atau malamnya dan akan teruskan berzikir sehinggalah dia melihat si suami itu reda. Saat itulah, si isteri akan mengambil air sejuk dan memberikan si suami minum agar tenang amarah seorang suami. Allahu, sunguh mulia kelakuan isteri tersebut.

Dua bulan selepas itu, baliknya si suami ke rumah isteri pertama dengan senyum dan mengatakan kepada isteri pertama.
“sayang, abang telah menceraikan isteri kedua abang tu sayang, dan sekarang abang nak jaga rumah tangga kita yang satu ini agar tidak roboh seperti yang terdahulu”. Isteri tersebut, sujud syukur dan dia mengalir air mata kerana 2 sebab. Pertama, suami dia telah berubah dan kedua, dia kesian kepada si isteri kedua kerana telah menjadi janda. Tetapi dia berharap agar si isteri kedua berjumpa jodoh yang lebih baik. Allahu, sunguh mulia insan ini.

Wahai si suami di luar sana, cuba kita fikir sekejap. Wanita yang dulunya kita nikahi yang telah menjaga kehormatannya sebelum menyerahkan dirinya kepada kita. Selepas berkahwin, wanita yang baru kita kahwini itu teruk kita kerjakan dia kerana nafsu kita yang baru kahwin. Perut yang dulu tegang dah jadi macam kulit limau kerana dari situ telah mengandungkan anak-anak dari benih kita sendiri. Bila dah tak cantik pandai pula kita cari yang tegang dan ketat. Kalau itulah konsepnya, nanti yang tegang dan ketat itu juga akan kendur. Kalau perangai macam inilah kita, maka perangai kita tak ubah seperti binatang yang merumput di padang.
Teringat kata saiful nang, Kalau isteri itu kerjanya melayan nafsu sahaja, bila mahu boleh dapat dan tak perlu beranak, tak perlu menyusu anak, tak perlu memasak, tak perlu mengemas rumah, tak perlu nak jaga makan minum laki, tak payah nak menjaga suami, tak perlu nak bekerja tolong cari rezeki barulah boleh isteri kita tu ketat dan anjal sepanjang masa. Yang komplen isteri dah tak tiptop tu tengok juga diri sendiri adakah masih tiptop atau sudah masuk level second hand high mileage.

Adakah kita nak cari isteri hanya untuk pemuas nafsu sahaja. Kalau nak cari isteri hanya untuk pemuas nafsu. Tujuan ibadat kerana Allah dalam konsep perkahwinan kita telah lari, seolah kita menggangap isteri umpama pelacur dan kita umpama regular customer. Langgan bila perlu, buang ketika tak mahu. Allahu, semoga kita dijauhkan daripada sikap begini.Kami minta maaf jika ada posting kami salah, perbetulkan jika kami salah dan iyakan sahaja jika ia adalah landasan yang betul agar ia berguna untuk semua.Untuk dapatkan kisah-kisah motivasi daripada saya. Boleh tekan share atau tulis “follow” di ruangan komen.Kami ingin memberikan 1 artikel ” tip untuk memenangi hati pasangan dalam rumah tangga “.

Sesiapa yang berminat boleh ikut langkah ini.
1. tekan ” like dan see first ” pada page kami.
2. tag kawan-kawan kita yang sudah bekeluarga seramai 5 orang dan pastikan mereka juga like page kami beserta “see first”.
3. komen ” saya nak ” ni komen kami dibawah.
4. akhir sekali. boleh tekan share dan printscreen yang sudah see first kami .
sekian terima kasih.

Ikhlas,
Pakar Kem Motivasi Seluruh Malaysia.
Jemputan Motivasi sekolah =013-3864861.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s