Awak ni Perempuan Macam Mana Hah!!!!!

19memilih-pasangan-suami-istriSebenarnya, lelaki ini telah bernikah dengan perempuan lain dengan alasan binieee yang pertama tidak mencantikan diri depan nya dan asyik berbaur hanyir kerana terlalu kerap duduk di dapur dan melayan anak-anak berbanding melayan dirinya. Setiap kali suami pergi ke rumah isteri keduanya, isteri keduanya sentiasa menghasut agar suaminya menceraikan isteri pertamanya. Tetapi, si suami tidak tergamak untuk menceraikan isteri pertama kerana dia teringat kisah awal ketika mereka susah. Si isteri pertama lah yang ada jatuh bangun dan sakit waktu dia bersusah payah membangunkan perniagaan bersama. Alasan lain yang membuatkan si suami tak tergamak menceraikan isterinya adalah..
.
.
.
.
.
.
.
Si isteri pertama ni bila saat si suami balik, dia akan memberikan senyuman manis kepadanya, walaupun kurang cantik berbanding isteri keduanya tetapi keikhlasan itu terpancar daripada wajah jujur seorang isteri. Kemudian, si isteri ini akan menyiapkan segala makan dan minum untuk si suami yang baru balik. Selepas daripada itu, si isteri ini menyediakan tempat istirehat untuk si suami dan akan melayannya jika diminta. Itulah alsan yang menyebabkan mengapa si suami tidak tergamak untuk menceraikanya. Selain itu, ada alasan yang begitu berat dan hebat dimata si suami terhadap isterinya ialah.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pada saat, suami balik dengan keadaan marah-,marah. Kelihatan si isteri akan membaca al- quran dengan khusyuk di dalam bilik dan kadang-kadang si isteri pertama akan solat sunat pada siang atau malamnya dan akan teruskan berzikir sehinggalah dia melihat si suami itu reda. Saat itulah, si isteri akan mengambil air sejuk dan memberikan si suami minum agar tenang amarah seorang suami. Allahu, sunguh mulia kelakuan isteri tersebut.

Dua bulan selepas itu, baliknya si suami ke rumah isteri pertama dengan senyum dan mengatakan kepada isteri pertama.
“sayang, abang telah menceraikan isteri kedua abang tu sayang, dan sekarang abang nak jaga rumah tangga kita yang satu ini agar tidak roboh seperti yang terdahulu”. Isteri tersebut, sujud syukur dan dia mengalir air mata kerana 2 sebab. Pertama, suami dia telah berubah dan kedua, dia kesian kepada si isteri kedua kerana telah menjadi janda. Tetapi dia berharap agar si isteri kedua berjumpa jodoh yang lebih baik. Allahu, sunguh mulia insan ini.

Wahai si suami di luar sana, cuba kita fikir sekejap. Wanita yang dulunya kita nikahi yang telah menjaga kehormatannya sebelum menyerahkan dirinya kepada kita. Selepas berkahwin, wanita yang baru kita kahwini itu teruk kita kerjakan dia kerana nafsu kita yang baru kahwin. Perut yang dulu tegang dah jadi macam kulit limau kerana dari situ telah mengandungkan anak-anak dari benih kita sendiri. Bila dah tak cantik pandai pula kita cari yang tegang dan ketat. Kalau itulah konsepnya, nanti yang tegang dan ketat itu juga akan kendur. Kalau perangai macam inilah kita, maka perangai kita tak ubah seperti binatang yang merumput di padang.
Teringat kata saiful nang, Kalau isteri itu kerjanya melayan nafsu sahaja, bila mahu boleh dapat dan tak perlu beranak, tak perlu menyusu anak, tak perlu memasak, tak perlu mengemas rumah, tak perlu nak jaga makan minum laki, tak payah nak menjaga suami, tak perlu nak bekerja tolong cari rezeki barulah boleh isteri kita tu ketat dan anjal sepanjang masa. Yang komplen isteri dah tak tiptop tu tengok juga diri sendiri adakah masih tiptop atau sudah masuk level second hand high mileage.

Adakah kita nak cari isteri hanya untuk pemuas nafsu sahaja. Kalau nak cari isteri hanya untuk pemuas nafsu. Tujuan ibadat kerana Allah dalam konsep perkahwinan kita telah lari, seolah kita menggangap isteri umpama pelacur dan kita umpama regular customer. Langgan bila perlu, buang ketika tak mahu. Allahu, semoga kita dijauhkan daripada sikap begini.Kami minta maaf jika ada posting kami salah, perbetulkan jika kami salah dan iyakan sahaja jika ia adalah landasan yang betul agar ia berguna untuk semua.Untuk dapatkan kisah-kisah motivasi daripada saya. Boleh tekan share atau tulis “follow” di ruangan komen.Kami ingin memberikan 1 artikel ” tip untuk memenangi hati pasangan dalam rumah tangga “.

Sesiapa yang berminat boleh ikut langkah ini.
1. tekan ” like dan see first ” pada page kami.
2. tag kawan-kawan kita yang sudah bekeluarga seramai 5 orang dan pastikan mereka juga like page kami beserta “see first”.
3. komen ” saya nak ” ni komen kami dibawah.
4. akhir sekali. boleh tekan share dan printscreen yang sudah see first kami .
sekian terima kasih.

Ikhlas,
Pakar Kem Motivasi Seluruh Malaysia.
Jemputan Motivasi sekolah =013-3864861.

-Kem Mindset Change 2016 –

Biarkan Kita Menangis Kerana Perubahan Akhlak Mereka, Jangan Sampai Kita Menangis Kerana Kesilapan Mereka”

12606800_959573284123298_401030622_n
Cuti sekolah bulan 3  dah dekat ni. Jangan biarkan anak-anak kita berada dirumah dengan buang masa di rumah dengan perkara tidak berfaedah. Elakan anak-anak kita bergaul dengan rakan-rakan yang menyebabkan mereka hanyut tanpa ilmu untuk panduan mereka. Jika anak- anak ada tidak mendengar kata ibu dan ayah, Insyallah, Kami berusaha semampu mungkin untuk mendidik anak-anak tuan dan puan.
.
Hantarkan anak-anak anda ke kem kami di tempat berikut:

Bachok  (12-13 hb 3 )
Ipoh  –    (19- 20 hb 3)
Kuantan  (16-17 hb 3 )
Gombak   (12-13 hb 3)
Shah Alam(19-20hb 3 )
Kedah     –  (16-17 hb 3)

Kelebihan menyertai Kem Mindset Change ialah :
———————————————————————-
1. Dapat menguatkan iman dan jati diri sebagai muslim
2. Mencintai Nabi SAW & belajar mengamalkan sunnah Baginda
3. Mengetahui kepentingan solat & perbaiki solat
4. Sayangi ibu bapa & belajar memberi khidmat kepada mereka
5. Menyayangi ahli keluarga & kawan-kawan dan masyarakat
6. Melatih diri menjadi seorang yang berdikari.
7. Menguatkan jati diri, iman & yakin bahawa ‘Allah bersama saya
8. Motivasi pelajar menjadi seorang yang soleh/solehah.

Pengisian program kami ialah :
——————————————–
1. Psikologi Kanak-Kanak & Remaja ( Cabaran meniti remaja )
2. Perkemaskan solat anak-anak.
3 . Sesi Perkongsian Masalah bersama Peserta.
4. Modul Self Confident
5. Praktikal wuduk/ solat
6. Motivasi anak yg kurang mendengar kata
7. Qiamulail/ Bacaan Yassin, al mathurat
8. Jungle trekking / Water confident
9. Belajar  Amali Penyembelihan.
10.Walk on Fire/ Pijak Telur Tak Pecah.

Hanya Untuk peserta 8-17 Tahun. Yuran serendah RM150 seorang dan RM140 utk 2-5 org. Bayaran kem kami begitu murah berbanding kem lain,objektif kami hanya satu iaitu dapat memberikan ilmu yg terbaik untuk anak-anak tuan dan puan. Kem ini agak terhad iaitu 50 orang sahaja. Daftar segera! .Siapa cepat, dia akan dapat harga promosi drp kami..

Berminat Boleh Wasap/ Call
—————————————-
.Cik Aisyah : 019-6360928…Cik Fazilah : 014-5455029

# Boleh tingglkn num telefon jika berminat / segala jemputan program lain spt kem motivasi, sahsiah,kepimpinan,akademik dan ibadat boleh juga jemput kami.

Jemputan Kami Ke Program

12476119_953154048098555_419654214_n.jpg

Tuan/ Puan

  PROGRAM  DAN KEM  MOTIVASI

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk

2. Untuk makluman, Psyconsultancy & Traning mempunyai penceramah dalam bidang masing-masing terutamanya dalam bidang psikologi dan pengajian Islam. Semua penceramah kami berkelulusan Sarjana muda dan Sarjana dalam pelbagai bidang psikologi seperti Psikologi Perkembangan, Psikologi Kaunseling dan Pengajian Syariah dan Al Quran Sunah. Kami menawarkan program-program motivasi seperti kem motivasi,  kepimpinan pelajar, kem ibadah, smart solat, power sahsiah dan seminar tips peperiksaan akhir

3. Kini Psyconsultancy & Traning membuat tawaran bagi mengadakan motivasi setiap sekolah dengan beberapa modul terpilih untuk pelajar. Modul yang ingin kami jalankan disekolah yang berminat ialah (Motivasi + Teknik Belajar Berkesan + Air mata Keinsafan

4. Dengan surat ini, kami lampirkan maklumat berkaitan Program ini sebagai rujukan pihak sekolah. Untuk maklumat lanjut, pihak sekolah boleh menghubungi admin kami di talian 013-3864861 untuk pertanyaan.

Harapan kami agar, pihak sekolah tidak melepaskan peluang yang kami tawarkan dan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekiranya pihak penganjur/ sekolah bersetuju untuk mengunakan perkhidmatan kami. Boleh berikan surat jemputan kepada alamat emel kami iaitu psyconsultancytraining@gmail.com dan bayaran  deposit sebanyak RM100 kepada kami tanda persetujuan daripada pihak anda melalui ke akaun kami iaitu

BANK ISLAM : 12-029010074312 (PSY CONSULTANCY & TRAINING)

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi kami melalui :

Facebook : Pakar Kem Motivasi

Blog : pyconsultancyandtraining.wordpress.com

Contact :  013-3864861 / 017-5899194

 

 

Bekorban demi keluarga dan Dihukum kerana Sistem

 

Rosaknya Manusia kerana Sebuah Sistem

Kisah penahanan seorang ayah demi menyelamatkan keluarga daripada bahaya adalah tidak salah dan wajar dilakukan demi menjaga keselamatan. Sebenarnya apa yang Pak Cik Zulkifli lakukan pilihan yang tepat. Cuba kita bayangkan , apabila polis diserang oleh penyamun dan akhir sekali mereka akan bertindak sebagaimana mereka pertahankan nyawanya juga.

Sebagaimana kes yang berlaku oleh remaja bawah umur iaitu Aminulrasyid yang ditembak oleh polis tapi tiada tindakan undang- undang yang diambil dengan alasan mengatakan adik ini ialah penyamun. Tetapi maklumat sekitar mengatakan tidak :
1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.

2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis.

 

download.jpg

Cerita yang berlaku seperti Pak Cik Zulkifli menyamai cerita lakonan Van Damme iaitu In Hell di mana, Van Damme melihat isterinya dirogol serta dan dibunuh di depan matanya. Marah dengan tindakan perogol yang membunuh isterinya. Van Damme telah mengambil keputusan untuk membunuh perogol tersebut. Apabila memasuki mahkamah, Van Damme telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sedangkan perogol itu bebas. Kita boleh lihat, undang-undang yang diamalkan oleh Barat dan juga diamalkan di negara kita adalah sama. Apabila manusia merasakan dia hebat mengatur berbanding hukuman Allah, sebab itulah terjadinya peristiwa itu.

Mungkin keadaan ini tidak dirasakan oleh pihak pemerintah di negara kita kerana mereka kebal dengan kuasa undang-undang. Tetapi cuba Pak Menteri yang banyak job fikirkan. Seandainya lah berlaku :

1. Yang kena rogol ialah kakak, emak , isteri dan adik kamu.
2. Yang kena rompak ialah kamu.
3. Yang kena bunuh ialah keluarga kamu.

Mungkin anda mengambil jalan yang sebagimana diambil oleh Pak Cik Zulkfili itu. Tetapi sebab yang berlaku ialah rakyat, jadi perkara ini mungkin disenyapkan oleh pihak atasan. Tak mustahil nanti, apabila anak-anak kita bila ditanya oleh guru sekolah rendah mereka di sekolah.

Apa cita-cita kamu bila besar nanti.?
“ 3P cikgu, Perompak , Penyamun, Perogol”
Sebab apa ?
“ sebab 3P tidak akan ditangkap cikgu malah yang report akan kena tangkap “

# Nanti bila perompak nak masuk rumah, jangan lupa buat teh dan kopi serta memasak sekali. Lepas dia habis merompak ucap terima kasih dan sila datang lagi.

-Yang Menulis; Mohamad Safwan-

 

Motivasi Daripada Kisah IP MAN 3

 

Sebenarnya, daripada filem Ip Man 3 ini banyak pengajaran dan nilai yang boleh kita ambil daripada menonton cerita ini. Hal ini dimana, terdapat aspek politik iaitu cintakan tanah air dan juga aspek kekeluargaan dalam filem ini. Dalam filem ini, Yip Man (Donnie Yen) akan melawan sekelompok gangster yang diperintah oleh golongan jahat dan juga merupakan seorang petinju hebat bernama Frank (Mike Tyson). Frank berkeinginan untuk mengambil alih secara paksa terhadap sebuah bangunan sekolah yang berdekatan kawasan guru Yip.

12410582_552452201587742_6174058654960650605_n
Jalan cerita menjadi lebih rumit ketika isteri guru Yip menghidap kanser . Pengorbanan  guru Yip kepada isteri juga dapat dilihat apabila dia sanggup  belajar menari hanya untuk menyenangkan hati isterinya. Guru Yip juga rela meninggalkan latihan kungfu-nya demi mendampingi isteri ketika rawatan. Selain  menajadi sebagai suami , guru Yip juga merupakan seorang ayah. Tentunya, guru Yip harus menjadi role model kepada anaknya. Dalam filem ini, guru Yip telah mengubah  tingkah laku menjadi lebih baik dengan berhenti merokok. Dalam salah satu adegan, guru Yip  berniat untuk merokok ketika sedang menjaga keamanan di sebuah sekolah, kerana terdapat anak-anak disana. Selain itu, guru Yip juga tidak pernah terlihat merokok di depan keluarganya.

1. Kekuatan media yang besar
Ada dua adegan di filem IP Man 3 yang menggambarkan kekuatan sebuah media. Adegan pertama, ketika Fatso (Kent Cheng), wakil daripada polis Hong Kong, menggunakan kekuatan media untuk membuat liputan tentang  penculikan anak-anak oleh gangster yang mengancam keamanan. Hasilnya, liputan media tersebut mampu ‘memaksa’ bos dari Fatso untuk menghentikan kegiatan  gangster tersebut. Padahal, sebelumnya,bos dari Fatso bersekongkol untuk melindungi operasi kejahatan tersebut.
Adegan kedua, ketika Cheung Tin-chi (Max Zhang) yang merupakan penarik becak sekaligus ahli bela diri Wing Chun selalu membawa media setiap kali dirinya  berlawan denhan para ahli bela diri di China. Sehingga, dalam sekejap sahaja, reputasi Cheung Tin-chi diakui sebagai seorang ahli bela diri Wing Chun.
2. Penghormatan ilmu bela diri Timur dan Barat
Ada yang menarik dari babak pergaduhan antara guru Yip dan Frank. Pada pertarungan tersebut, Frank memberikan syarat apabila guru Yip mampu bertahan selama tiga minit , maka Frank tidak akan mengganggu kehidupan guru Yip lagi. Uniknya, pergaduhan tersebut berakhir seri. Ketika ini bdilihat ia sebagai penghormatan kepada aliran ilmu bela diri Timur dan Barat. Selain itu perlawanan tersebut juga untuk menjaga nama baik guru Yip dan Mike Tyson selaku mantan petinju dunia. Durasi tiga minit juga merupakan penghormatan kepada Mike Tyson kerana pada masa keemasannya, Mike Tyson terkenal mampu membuat lawanya tumpas hanya 1 round. Dimana setiap round  tinju ialah selama tiga minit.
3. Baju putih IP Man di pertarungan terakhir
Pada pertarungan terakhir melawan Cheung Tin-chi, ada penampakan yang berbeda dari baju yang dikenakan oleh guru Yip. Sepanjang filem, guru Yip konsisten menggunakan baju hitam. Namun, pada adegan pertarungan terakhir, guru Yip tiba-tiba menggunakan warna putih. Pada bahagian ini ,dia mempunyai makna tersirat untuk menunjukkan mana yang benar dan mana yang salah. Pada adegan ini, secara tersirat guru Yip diibaratkan sebagai tokoh protagonis memakai baju putih dan Cheung Tin-chi diibaratkan sebagai tokoh antagonis memakai baju hitam.

-Yang  menulis:Mohamad Safwan-

Pesan Ibu Terpahat Dihati.

KISAH RM0.30 YANG MENYENTUH HATI SAYA .

takirah.org-anak-soleh
Cikgu : Kenapa Amin tak rehat?
Amin: Mak saya beri 30sen sehari Cikgu … kat kanti n 30sen ni dpt beli karipap je satu, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli karipap satu jaa .
Jadi saya kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , dpt la saya mkn karipap ngan air sirap 30sen.
Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Amin tertunduk malu)
Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2015 ini masih juga ada pelajar yg membawa 30sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 30sen itu jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 30sen sgt besar ertinya ..
Cikgu : Kalau hari jumaat awk x pergi kantin la ya ? Amin: Oh .. hari jumaat duit 30sen ni saya sdekah masa bacaan yasiin , cikgu.” jwb Amin dgn bersahaja.
“Mak saya kata kalau kita sdekah, rezeki kita akan bertambah..”
Mata saya dah berkaca… saya terkejut & bertambah sebak, dah la duit ada 30sen, siap boleh sedekah pulak lg..
Ya Allah, limpahkan lah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semuga mereka tidak lagi berada didlm kemiskinan.
Huh, mcm terpukul sungguh saya, bayangkn duit 30sen yg d beri utk makan, dia sedekahkan 30sen utk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasiin..

Miskin Bukan Tiket Untuk Gagal

Ayub bin Mohadjar, anak orang kampung sahaja. Adik beradiknya sangat ramai. Pernah dahulu saya mengajar abangnya Syuaib dan tahun lalu kakaknya Siti Khadijah. Ayub mempunyai dua lagi adiknya di Tahun 5, 3 dan 2. Masih ada kakak yang bersekolah di sekolah menengah harian. Bermakna tujuh kesemuanya. Ayahnya bekerja kampung sahaja – sesekali saya melihat abangnya Syuaib atau Ayub membantu ayahnya di kampungnya. Rumah yang didirikan tanpa cat yang indah dan berhias. Tahun lalu, rumah mereka antara yang dipukul ribut. Allah mentakdirkan waktu itu saya masuk ke rumah bersama suri saya, anak lelaki saya dan sahabat saya pensyarah di IPG Puan Umaimah Mohd Idris. Kami memberikan bantuan sedaya yang mampu

Hati saya pilu dan sebak melihat pingat kebanggaan yang dicapai di sekolah digantung tepi almari rak yang usang, begitu juga itulah sahaja rak yang menempatkan semua buku dan alatan tulis. Masih ingat lagi, senarai barangan Hari Raya yang belum dibeli yang saya nampak di atas meja untuk setiap adik -beradiknya. (Yes, i cried ) Lawatan sekolah ke Seremban menaiki komuter dan ETS baru-baru ini sebetulnya dibayar sepenuhnya oleh seorang guru (diminta untuk dirahsiakan) kerana pada awalnya dia sudah berkata dia tidak mampu untuk pergi berhibur walau sekali dalam hidupnya. Bukan keperluan mengikut kata keluarganya. Ayub; saya sifatkan seorang anak yang pemalu, sekadar ‘ pengikut – follower’, tidak tahu apa yang dimahukannya. Periang dan potensi diri belum diluahkan lagi. Sepanjang tahun sekadar paling kuat 2A atau 1A. Saya sentiasa menitipkan nasihat di telinganya. Malah, leteran itu sentiasa dan acap kali tanpa jemu. Tanggungjawab saya. ” Ayub, ingatlah , emak ayah bukan orang senang ” ” Ayub, kurangkan main” ” Ayub, kalahkan kakak Siti yang dapat 3A2B tu” ” Ayub, tengok ayah, kesiankan kerja susah” ” Ayub, dirikan solat

Dalam hatinya. Saya selalu teringatkan emaknya menghantar mereka adik-beradik satu motor beramai-ramai. Atau, kadangkala, Ayub atau kakaknya berjalan kaki dahulu sebelum diambil ibunya. Ia seperti adegan drama yang amat melekat dalam hati saya. Begitu jugalah gambaran dalaman rumah Ayub. Sentiasa di kepala. Kelmarin, selaku guru kelas saya memanggil nama Ayub untuk keputusan UPSRnya, saya tahu saya akan ‘banjir’ dengan air mata saya. Saya berdiri sekeliling melihat ayah Ayub sedang berdiri berdebar. “Bahasa Melayu Pemahaman A   Bahasa Melayu Penulisan A” Saya lihat riak mukanya lagi. “Matematik A dan,    Sains A ” Saya lihat air mata Ayub sudah mengalir. Ya, dia tidak percaya. Kejutan buat dirinya. Kejutan buat warga guru. Kejutan buat keluarganya juga. Ketika mahu menyebut keputusan Bahasa Inggerisnya ialah B, saya sudah menangis hiba. Saya lihat ayahnya menangis kegembiraan. Anaknya tidak mendapat 5A tetapi dia gembira anaknya memperoleh 4A 1B. Suatu yang tidak disangka selama ini. Saya menangis kerana terkenangkan keluarganya yang susah. Betapa sukarnya saya selaku cikgu mahu menyuruh anak murid lelaki untuk berubah dan konsisten belajar. Saya membayangkan juga rumahnya yang dipukul ribut. Saya terkenangkan ‘senarai’ itu. Saya terkenangkan rak almari itu. Saya terkenangkan atap rumah yang terbang hampir hilang semuanya. Saya terkenangkan Ayub yang membantu bapanya di kebun atau kerja-kerja kampung. Saya terkenangkan Ayub yang sentiasa pemalu dan tersenyum, tidak pernah menangis selama ini, tiba-tiba menangis dengan hiba dan sebak atas kejayaan yang tidak disangkanya sendiri

Masyaallah. Kisah keluarga ini benar-benar satu inpirasi buat saya. Tentang percaya kepada misi mendidik anak bangsa hingga ke semangat yang terakhir.

Akhirnya, hampir semua warga guru dan ibu bapa turut menangis mengikut air mata saya , apalagi selepas itu ayahnya datang memeluk erat anaknya. Ayahnya yang garang dan tegas – sentiasa ditakuti anak-anaknya. Ayahnya yang selalu berharap dari jauh. Namun, kasihnya hari itu telah ditunjukkan.

Allah. Allah. Allah. Allahuakbar. Saya tidak akan lupakan kemanisan ini sepanjang hidup. Ia lebih bererti menjadi seorang ‘cikgu kampung’ daripada menjadi orang yang berbaju kemas, bertali leher di pejabat berhawa dingin. Hidup saya lebih bermakna di sini. Ia menambah nilai kepada diri keseluruhannya. Demi Allah. Untuk tuhanku.

Kisah Ayub Kisah Pelajar UPSR Yang Menyayat Hati.jpgcredit- As Syahid.