Rahsia Pelajar Berjaya

PROGRAM RAHSIA PELAJAR BERJAYA

Program ini bersama USTAZAH NURHAFIZAH MUSA bertempat di GMI, BANGI
Program ini merupakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik, akidah dan akhlak pelajar Insyallah.

Antara Pengisian program :

✨ Rahsia belajar kerana Allah

✨ Amalan pelajar cemerlang
✨ Rahsia hafalan sebenar
✨ Teknik ulangkaji efektif
✨ Rahsia straight A’s
✨ Ubat hati sebenar

Ibubapa yg berminat boleh WA:
http://www.wasap.my/601155006735/daftarBangi/

BAHAYA REMAJA HARI INI. PARENTING KEIBUBAPAAN. 2019

Mak Ayah Sibuk Kerja, Anak sibuk Buat Kerja Terkutuk.

“Awak,malam ni mak ayah saya kerja. Nanti awak datang rumah saya ya pukul 9 malam. Sebabnya pukul 1 pagi baru mak ayah saya habis jual di pasar malam. Nanti awak datang ya sebab saya rindu sangat kat awak,ok sayang”.

Agaknya, daripada sifat beginilah yang terjadi kepada anak gadis kita pada hari ini. Ini cerita benar daripada seorang pelajar perempuan. Mak ayah kerja kat pasar malam. Masuk pukul 6.30 petang dan balik pukul 1 pagi untuk menjual sayur di pasar borong. Yang tinggal dirumah ialah anak perempuan yang mak ayah rasakan anak dia yang ayu dan sopan lagi baik orangnya.

Ya,memang anak kita ni baik didepan kita.

Tapi. kita perlu WASPADA dengan mereka. Takut takut mereka bawa balik laki lain ketika kita tiada dirumah. Sebab, anak kita ni waktu meningkat remaja, dia dahagakan kasih sayang. So bila kita busy dengan kerja. Orang lain pulak yang gantikan tempat kita untuk bagikan kasih sayang pada anak kita. Semua yang berlaku ni tidak boleh kita salahkan anak kita 100 peratus kerana ia juga berpunca daripada kita.Ok, kenapa saya katakan begitu.

Sebagaimana hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud: “Tidak ada seorang bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih dari sebarang dosa), maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikan anak itu sama ada sebagai seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi” .

Dalam perspektif ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan dan menanam nilai-nilai serta etika kehidupan yang harmonis. Kegagalan institusi keluarga yang disebabkan oleh kecuaian ibu bapa mendidik anak-anak ke arah penghidupan yang unggul akan menjerumuskan anak itu sendiri ke arah kehidupan sosial yang tidak sihat.

Sikap ibu bapa yang gagal menjalinkan hubungan yang baik dengan anak mereka dalam konteks sosial kehidupan seharian akan menjelmakan masalah kekecewaan terhadap anak itu dan mewujudkan tingkah laku negatif dan tekanan psikologikal kepada anak itu sendiri. Dalam kajian ini, hubungan yang tidak baik yang ditunjukkan oleh ibu bapa telah memberi tekanan emosi yang mendalam kepada anak remaja yang boleh membawa mereka kepada masalah yang lebih besar atau negatif.

Dapatan ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Mahmood (1993), yang menyatakan bahawa tingkah laku negatif dalam kalangan remaja juga disebabkan oleh konflik dan tekanan psikologikal. Mereka gagal melihat keluarga adalah satu persekitaran yang sihat dan boleh membahagiakan mereka. Pandangan ini turut disokong oleh Monte mayor dan Hanson (1985) yang menyatakan punca konflik antara remaja dengan ibu bapa adalah berkaitan isu interpersonal. Kekurangan dan gangguan interaksi yang berkesan menyebabkan jiwa remaja memberontak dan boleh mendorong mereka bertingkahlaku yang negatif.

Seperti kisah yang saya sebut tadi, adik ni membawa masuk jantan lain ke rumah bila mana mak ayah dia pergi jual di pasar malam. Untuk memuaskan nafsu cukup saja 1 hingga 2 jam. Kalau, mak ayah dia balik pukul 1 pagi sudah tentu mereka tidak perasaan aktivti terkutuk yang dilakukan oleh anak kita. Perbuatan terkutuk itu berlaku dan berlaku tanpa kita sedari.

Allahu, sedih bila mana anak anak gadis kita dibuat begini oleh jantan lain. Sanggup mereka buat benda terkutuk itu sebab apa? sebab terdedah dengan seks dalam diri mereka.
Menurut Mariam dan Hamidah (2005), apa yang lebih membimbangkan peratusan pelajar Melayu yang melakukan hubungan seks juga semakin meningkat sejak sedekad lalu. Majoriti pelajar yang terlibat adalah orang melayu iaitu sebanyak 65.

Ya Allah,ramainya golongan melayu yang layu kerana tertipu dengan hasutan dan manis cinta.Kadang kadang kita mak ayah tak sempat nak jaga anak kita. Bukan semua perkara boleh dipantau oleh ibu bapa kerana pastinya naluri keluarga, ada ruang untuk anak-anak bersosial perlu diberikan cuma kesilapan yang kadang-kadang sedikit kesilapan itulah yang membawa padah.

Dalam kes ini, si gadis tergoda dengan hasutan manja oleh sang durjana lelaki yang bernama kekasih pada dia . Tetapi gadis ini lupa, bahawa dia telah tertipu dengan pujuk rayu sang kekasih. Jadi kita mak ayah apa peranan kita.

==========================================

1. Terima Anak Tanpa Syarat

Walau si anak jahat sekalipun, ibu bapa wajib memberi bimbingan dan menjaga kebajikannya. Terdapat ibu bapa yang menghalau anak, tidak mengaku anak atau mencederakannya apabila anak itu melakukan kejahatan. Tindakan ibu bapa ini adalah bercanggah dengan Islam kerana hubungan nasab antara ibu bapa dengan anak masih ada. Kesediaan anak pulang menemui ibu bapa membimbingnya ke arah jalan yang benar dan mewujudkan suasana akrab dan mesra supaya anak tidak merasa takut untuk meluahkan perasaan kepada ibu bapa.

2. Memenuhi Masa Lapang Bersama Anak

Ketagih terhadap kerjaya atau pekerjaan sehingga mengabaikan kebajikan sosial keluarga adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Ibu bapa apabila sudah tua memerlukan pertolongan ihsan anak dan disebalik itu juga anak ketika masih kecil amat memerlukan perhatian dan kasih sayang ibu bapa. Keinginan anak untuk bercakap-cakap, bermesra dan bermain bersama dengan ibu bapa seolah-olah anak menghulurkan tangan bagi meraih kasih sayang. Apa yang penting ialah kualiti masa yang diperuntukkan. Kesempatan terbaik bagi ibu bapa untuk memenuhi masa lapang bersama anak ialah

-sembahyang berjemaah
-makan bersama
-membaca al-Qur’an bersama
-bersukan bersama dan sebagainya.

Hubungan akrab ibu bapa dan anak akan memudahkan anak taat perintah ibu bapa, kerana telah wujud perasaan saling hormat antara satu sama lain.

3. Peka terhadap Pergerakan Anak

Ibu bapa perlu bijak membaca setiap pergerakan anak. Simbol atau isyarat tertentu boleh memberi gambaran tahap perkembangan anak. Kemahiran ini amat penting untuk ibu bapa kuasai supaya tingkah laku mereka tidak terbatas menjadi tabiat jahat.Tingkah laku anak yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa ialah:

i. Rakan sebaya anak dan aktivitinya;
ii. Fesyen pakaian, rambut, kasut dan keadaan fizikalnya;
iii. Tingkah laku non-verbalnya seperti keceriaan, kesedihan, pendiam dan sebagainya;
iv. Kemampuan anak membezakan perkara yang baik dan buruk;
v. Siapakah lebih berpengaruh sama ada ibu bapa atau rakan sebaya terhadap dirinya;
vi. Keupayaannya untuk berdikari.

Insyallah.Semoga sedikit sebanyak dapat membantu kita para ibu bapa dalam mendidik anak. Untuk ikuti, boleh komen follow atau ” share post ni supaya tidak ketinggalan post saya. Gambar hanyalah hiasan sahaja dengan harapan Janna Nick bertudung nanti.Hehehe.

Ikhlas.
Mohamad Safwan bin Mohd Yusoff.
Perunding Motivasi Sekolah.

PROGRAM MOTIVASI PSIKOLOGI TEAM BUILDING PARENTING

[ Mencari Penceramah untuk Program Sekolah.]
cc; GB /PK/ Kaunselor/Guru Penyelaras/ Lain-lain
—————————————————————-
Alhamdulillah, sekolah baru sahaja bermula. Mungkin ada pihak sekolah yang ingin menjalankan prorgram untuk tahun ini. Disini kami membuka peluang untuk pihak sekolah atau pihak yang ingin mengadakan program boleh menjemput kami.Berikut feedback yang pernah menghadiri ceramah kami…

Terima kasih ya sebab telah mendidik anak-anak saya. Minta halalkan ilmu yang diberikan. Nanti kalau ada ada lagi program jemput lagi. Tenaga penceramah memang bagus dan sesuai mengikut peredaraan zaman sekarang ini. Anak saya bagi tahu, sepanjang ikuti program yang dijalanakn, banyak kesedaran yang diperoleh dan anak saya berubah selepas join program ini
.- Ibu Pelajar, Negeri Sembilan..

Bagi sekolah atau organisasi yang ingin bekerjasama mengadakan Program Pembentukan Jati Diri serta Pembangunan Insan boleh menghubung kami seperti maklumat di bawah :
PSY CONSULTANCY & TRAINING
———————————————–
C-10-16, Bangunan Landai Permai,
Jln Landai Permai, 57000.
Num Hubungi :

013-3864861
Facebook : Pakar Kem Motivasi
E-mel : psyconsultancytraining@gmail.com

RAHSIA IBU BAPA BERJAYA – PARENTING KEIBUBAPAAN MOTIVASI

[ Ujian Bagi Suami Isteri,Bila Menikah Akan Lihat Orang Lain Lebih Menarik ]

Sebelum menikah, rasanya calon pasangan hidup kita adalah makhluk terbaik yang Allah ciptakan di muka bumi ini, dia adalah manusia sempurna di mata kita dan tiada yang dapat menandingi.

Namun setelah lamaran diterima, kita rasa banyak gadis yang cantik dan lelaki yang kacak. Terasa hati ni curiga dan terus terdengar bertalu-talu; benarkah ia jodohku ?

Setelah menikahinya, tiba-tiba saja banyak kita lihat orang yang kita baru kenali itu lebih menarik daripada pasangan hidup kita.

Kita pun cari kesalahan pasangan kita ?

Apakah pasangan hidup kita telah menyembunyikan suatu keburukannya sebelum menikah?

Sehingga saat kita mengetahuinya kita merasa kecewa?

Ataukah pasangan hidup kita kurang menjaga penampilan setelah menikah sehingga rasa cinta kita semkin pudar padanya?

Sahabat , jawapan sebenarnya ada pada hadis Rasulullah sebagai berikut:

“Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas, pasti ia menginginkan lembah kedua! Dan tidak ada yang dapat memenuhi mulutnya kecuali dengan tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang ingin bertaubat!” (Shahih Muslim, no.1738)

Dari hadis tersebut kita akan tahu bahawa kesalahan sebenarnya sbukan bersumber dari pasangan hidup kita, melainkan dari ketamakan dan kerakusan diri kita sendiri.

Bercerai dengan suami kerana dia hitam dan kulitnya kasar?

Cubalah menikahi lelaki lain, boleh jadi mendapatkan suami dengan kulit putih dan halus, tapi ternyata pemalas dan tidak mahu menafkahi keluarga! Adakah muka cantik ni boleh bagi kita makan dan hidup. Tentu tidak kan.

Jika seorang lelaki menikahi semua wanita cantik di seluruh Malaysia sudahkah nafsunya dipuaskan? Belum tentu! Boleh jadi dia masih ingin menikahi wanita tercantik di Kelantan pula.

Yaa. begitulah tabiat manusia, selalu merasa tidak cukup! Maka, penting bagi kita untuk belajar bersikap qonaah, merasa cukup dengan apa yang Allah berikan untuk kita.

Wahai sahabat semua, dapatkah kita melihat bahawa pasangan hidup kita saat ini adalah yang terbaik untuk diri kita?

Dengan segala kelebihan dan segala kekurangannya, Allah memberi banyak hikmah dalam pertemuan kita dengannya.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kita tidak mengetahui.

Komen ” alhamdulillah” jika sahabat dapat membaca dan memahami apa yang ingin saya sampaikan. 🙂

REZEKI SEMUA ALLAH YANG PUNYA – MOTIVASI KEM

REZEKI BUKAN TERLETAK DI TANGAN MANUSIA..

Dulu aku masih teringat orang tua-tua banyak dok sok sek , sok sek… Budak Masuk pondok mengaji ugama, nanti nak makan apa?

Nanti dah ada bini, ada anak kau nak bagi apa anak ko makan. Lepas tu. Habis mengaji nak kerja kat mana oi budak? Sijil laku ke tak sijil pondok ni?”

Sekarang surat khabar yg kata :
“Pelajar universiti ikat perut sampai terkoyak usus kerana lapar( walau hakikatnya tidak). Pelajar universiti kelaparan,kes berlaku kat u aku di UKM dulu.”

Belajar ilmu agama ni, Allah akan bantu. Belum pernah lagi budak pondok mati kelaparan kat pondok-pondok. Memang budak pondok tak bekerja tetapi kadang-kadang rezeki Allah salurkan tidak di duga.

Sebagai contoh,kadang-kadang orang panggil untuk:-
> semayang mayat.
> doa hajat.
> menunggu kubur(membaca alquran
> membaca alquran untuk 40.
> jadi syeikh di majlis tahlil.
>orang bagi zakat dan banyak lagi.

Jadi kalau lah oraang tua fikir, mengaji di pondok ni tak tau nak makan apa, sebenarnya mereka silap.

POSTING aku ditulis nak bagitahu REZEKI milik Allah bukan milik manusia..carilah ilmu dijalan Allah,insyallah, Allah akan bantu kepada hambanya yang percaya dan bertaqwa.

Ikhlas,
Mohamad Safwan Yusoff-
Perunding Motivasi Sekolah.

PARENTING KEIBUBAPAAN YANG SEBENAR

MULUT SEORANG ANAK KECIL MENGALAHKAN MULUT ORANG DEWASA

“Eh, Ma mu eh. Aku lapar nasi ni. Cepatlah tanak nasi, cukuplah berbual tangga tu dengan Mekyah dengan Meknab tu. Kerja puak mu duduk mengumpat je kerjanya. Aku ni lapar nasi, sejak tadi lagi tak makan sejak balik sekolah lagi ni. Balik bapak aku nanti ngepek pulak ko mu tu nanti.” Keluar kata seorang anak perempuan kecil umur 10 tahun kepada ibunya yang berumur 42 tahun . Ia berdasarkan kisah benar yang diperhatikan oleh saya sendiri melihat masyarkat kita sekarang. Ya, mungkin tidak semua tapi segelintir sahaja yang mungkin kebetulan berlaku pada kita.

Situasi yang berlaku ini saya ambil sekitar negeri saya, Kelantan sebab loghat ” aku mu” digunakan dalam ayat diatas. Apabila perkataan ‘ aku mu” digunakan kepada orang tua seperti ibubapa akan menunjukan bahasa yang agak kasar dan bersifat kurang ajar jika digunakan oleh seorang anak kepada ibu bapanya. Kadang-kadang benda ini berlaku ekoran daripada sikap ibu bapa itu sendiri yang tidak menegur kesilapan anaknya. Malah mengiyakan sahaja bahasa kurang elok itu.Jadi, cara sebaiknya untuk elakan anak kita daripada bersikap kasar ialah :

======================

1. Jaga kata-kata kita.

Hal pertama yang harus kita lakukan ialah menjaga kata-kata kita itu sendiri. Sebagai orang tua, kitalah role model pertama yang mereka tiru. Jika kita terbiasa mengunakan perkataan yang elok, anak akan merasa malu jika berkata kesat dengan kita.

2. Hindari Membuat Ketupat ” Mengumpat”.

Kebiasaan bergosip/ mengumpat yang dilakukan orang tua akan melekat pada anak dan membuatkan untuk mereka meniru aksi kita. Cuba biasakan untuk tidak membicarakan keburukan orang lain di depan anak kita walaupun perkara itu benar sekalipun. Selagi boleh cuba, kita cuba.

3. Buat Perjanjian

Kita buat perjanjian dengan anak kita, sebagai contoh la. Kalau anak kita cakap kasar seperti bodoh, nate (binatang), gila dan seumpamanya. Kita jentik mulut dia, bagitahu kat anak kita. Abang kalau abang cakap huduh, mak atau abah jentik mulut abang tu.

4. Bagi Peringatan.

Beri peringatan ketika anak mula ucapkan kata-kata kasar atau kesat. Jika mereka telajur, berikan larangan tegas saat anak mulai mengucapkan kata-kata tidak baik ni. Beri penjelasan dan peringatan pada mereka, kata apa saja yang boleh dia gunakan saat bercakap dengan orang lain.

5. Ajarkan mereka rasa hormat

Tanyakan pada anak kita, adakah dia selesa saat orang lain memanggilnya dengan sebutan buruk? Jika jawabannya ya, beri penjelasan logik jika dia pun tidak boleh mengucapkan kata-kata kesat atau kasar pada orang lain.

6. Biasakan memanggil orang dengan baik

Masyarakat kita terbiasa memanggil orang dengan sebutan buruk yang berkait rapat dengan anggota badan kita. Sebagi contoh, kalau kita tengok orang itu gendut, pendek, atau hitam,kita akan memanggil mereka dengan panggilan tersebut.

Hati-hati dengan percakapan kita seharian. Takut-takut dengan percakapan kita inilah banyak manusia yang terguris dengan kita. Dengan sebab lidah inilah banyak salah yang akan kita lakukan nanti. Banyak cakap, banyak salah. Banyak salah, banyak dosa. Banyak dosa, last-last masuk neraka. Semoga kita dijauhkan daripada kesilapan daripada kata-kata itu. Insyallah.Semoga sedikit sebanyak dapat membantu kita para ibu bapa dalam mendidik anak. Untuk ikuti, boleh komen follow atau ” share post ni supaya tidak ketinggalan post saya ..

Ikhlas.
Mohamad Safwan bin Mohd Yusoff.
Perunding Motivasi Sekolah

Kem Tahfiz Genius (Mindset Change Camp) .2019.

[ ANAK SAYA, DULUNYA JAHAT & NAKAL KINI SUDAH RAJIN SEMBAHYANG DAN TIDAK LAGI KURANG AJAR.]

KEM BRAIN GENIUS MENGADAKAN PROGRAM CUTI SEKOLAH SEMPENA HUJUNG BULAN INI. BERIKUT FEEDBACK DARIPADA PARENT YANG MENGHANTAR ANAK KE KEM KAMI

.Alhamdulillah setelah mengikuti kem ni, anak tidak lagi liat nak semayang.Terima kasih pada semua, alhamdulillah, berkesan jugak kem. Solat itu mak bapak tak perlu suruh dah. Ingat sendiri dah sekarang. Sekarang anak saya tak perlu disuruh-suruh bab semayang. Apabila masuk waktu, terus solat.”
-Ibu Peserta Kem Bulan Mac, Kelantan.

Kelebihan mengikuti kem kami..1. Dapat menguatkan iman dan jati diri sebagai muslim
2. Mencintai Nabi SAW & belajar mengamalkan sunnah Baginda
3. Mengetahui kepentingan solat & perbaiki solat
4. Sayangi ibu bapa & belajar memberi khidmat kepada mereka
5. Menyayangi ahli keluarga & kawan-kawan dan masyarakat
6. Melatih diri menjadi seorang yang berdikari.
7. Menguatkan jati diri, iman & yakin bahawa ‘Allah bersama saya
8. Motivasi pelajar menjadi seorang yang soleh/solehah.

TARIKH / LOKASI:

KOTA BHARU. 23- 25 NOV

BANGI. 1 – 3 NOV

KUANTAN. 5- 7 NOV

BERMINAT SILA KLIKWASAP :www.wasap.my/601155006735/daftar
http://www.wasap.my/601155006735/daftar+kem
http://www.wasap.my/601155006735/daftar+anak

TIP DAN CIRI SUAMI CURANG DENGAN ISTERI YANG PATUT ISTERI TAHU. CARA ATASI PERKARA INI IALAH BACA DIBAWAH

19memilih-pasangan-suami-istri

Sebenarnya, lelaki ini telah bernikah dengan perempuan lain dengan alasan binieee yang pertama tidak mencantikan diri depan nya dan asyik berbaur hanyir kerana terlalu kerap duduk di dapur dan melayan anak-anak berbanding melayan dirinya. Setiap kali suami pergi ke rumah isteri keduanya, isteri keduanya sentiasa menghasut agar suaminya menceraikan isteri pertamanya. Tetapi, si suami tidak tergamak untuk menceraikan isteri pertama kerana dia teringat kisah awal ketika mereka susah. Si isteri pertama lah yang ada jatuh bangun dan sakit waktu dia bersusah payah membangunkan perniagaan bersama. Alasan lain yang membuatkan si suami tak tergamak menceraikan isterinya adalah..
.
.
.
.
.
.
.
Si isteri pertama ni bila saat si suami balik, dia akan memberikan senyuman manis kepadanya, walaupun kurang cantik berbanding isteri keduanya tetapi keikhlasan itu terpancar daripada wajah jujur seorang isteri. Kemudian, si isteri ini akan menyiapkan segala makan dan minum untuk si suami yang baru balik. Selepas daripada itu, si isteri ini menyediakan tempat istirehat untuk si suami dan akan melayannya jika diminta. Itulah alsan yang menyebabkan mengapa si suami tidak tergamak untuk menceraikanya. Selain itu, ada alasan yang begitu berat dan hebat dimata si suami terhadap isterinya ialah.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pada saat, suami balik dengan keadaan marah-,marah. Kelihatan si isteri akan membaca al- quran dengan khusyuk di dalam bilik dan kadang-kadang si isteri pertama akan solat sunat pada siang atau malamnya dan akan teruskan berzikir sehinggalah dia melihat si suami itu reda. Saat itulah, si isteri akan mengambil air sejuk dan memberikan si suami minum agar tenang amarah seorang suami. Allahu, sunguh mulia kelakuan isteri tersebut.

Dua bulan selepas itu, baliknya si suami ke rumah isteri pertama dengan senyum dan mengatakan kepada isteri pertama.
“sayang, abang telah menceraikan isteri kedua abang tu sayang, dan sekarang abang nak jaga rumah tangga kita yang satu ini agar tidak roboh seperti yang terdahulu”. Isteri tersebut, sujud syukur dan dia mengalir air mata kerana 2 sebab. Pertama, suami dia telah berubah dan kedua, dia kesian kepada si isteri kedua kerana telah menjadi janda. Tetapi dia berharap agar si isteri kedua berjumpa jodoh yang lebih baik. Allahu, sunguh mulia insan ini.

Wahai si suami di luar sana, cuba kita fikir sekejap. Wanita yang dulunya kita nikahi yang telah menjaga kehormatannya sebelum menyerahkan dirinya kepada kita. Selepas berkahwin, wanita yang baru kita kahwini itu teruk kita kerjakan dia kerana nafsu kita yang baru kahwin. Perut yang dulu tegang dah jadi macam kulit limau kerana dari situ telah mengandungkan anak-anak dari benih kita sendiri. Bila dah tak cantik pandai pula kita cari yang tegang dan ketat. Kalau itulah konsepnya, nanti yang tegang dan ketat itu juga akan kendur. Kalau perangai macam inilah kita, maka perangai kita tak ubah seperti binatang yang merumput di padang.
Teringat kata saiful nang, Kalau isteri itu kerjanya melayan nafsu sahaja, bila mahu boleh dapat dan tak perlu beranak, tak perlu menyusu anak, tak perlu memasak, tak perlu mengemas rumah, tak perlu nak jaga makan minum laki, tak payah nak menjaga suami, tak perlu nak bekerja tolong cari rezeki barulah boleh isteri kita tu ketat dan anjal sepanjang masa. Yang komplen isteri dah tak tiptop tu tengok juga diri sendiri adakah masih tiptop atau sudah masuk level second hand high mileage.

Adakah kita nak cari isteri hanya untuk pemuas nafsu sahaja. Kalau nak cari isteri hanya untuk pemuas nafsu. Tujuan ibadat kerana Allah dalam konsep perkahwinan kita telah lari, seolah kita menggangap isteri umpama pelacur dan kita umpama regular customer. Langgan bila perlu, buang ketika tak mahu. Allahu, semoga kita dijauhkan daripada sikap begini.Kami minta maaf jika ada posting kami salah, perbetulkan jika kami salah dan iyakan sahaja jika ia adalah landasan yang betul agar ia berguna untuk semua.Untuk dapatkan kisah-kisah motivasi daripada saya. Boleh tekan share atau tulis “follow” di ruangan komen.Kami ingin memberikan 1 artikel ” tip untuk memenangi hati pasangan dalam rumah tangga “.

sekian terima kasih.

Ikhlas,
Pakar Kem Motivasi Seluruh Malaysia.
Jemputan Motivasi sekolah =013-3864861.